SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah Kebangsaan St Xavier , Pulau Pinang bermula pada tahun 1852 apabila Rev Bro Dr Bouncho menubuhkan sebuah sekolah di Lebuh Bishop yang asalny bernama Penang Catholic Free School. Dalam Tahun 1857 , sekolah ini berpindah ke Lebuh Farquhar.Nama sekolah pun ditukarkan ke St Xavier’s Institution.

Bangunan SXI telah dimusnahkan dalam Perang Dunia Kedua apabila Tentera Udara Berikat mengebomkannya semasa Pemerintahan Jepun (1941-1945). Selepas Perang Dunia Kedua tamat , sebuah bangunan sementara yang terdiri daripada dua baris bilik darjah dibina di padang sekolah.Murid-murid dari sekolah rendah menumpang di bangunan Convent Lebuh Light,Pulau Pinang.

Bangunan baru SXI siap dibina dalam tahun 1954 . Sejak ini , murid-murid sekolah ditempatkan di sesi petang.

Oleh kerana bilangan murid bertambah dengan pesatnya, bangunan SXI tidak mampu untuk menampung kesemua murid sekolah menengah dan sekolah rendah di bawah satu bumbung.Keperluan untuk mendirikan sebuah bangunan baru untuk murid-murid sekolah rendah sangat dirasai.

Melalui daya usaha Rev Bro Michael Jacques, Rev Bro Casmir , Pengetua En. Chee Yoon Hoong , Guru Besar Sekolah Kebangsaan St Xavier pada masa itu , En. Michael Liau Tet Loke , Pengerusi Tabung Derma Pembangunan Sekolah serta AJKnya , En. Teh Kim Kow , Pengerusi PIBG dan AJKnya serta sokongan penuh daripada guru-guru, staf sokongan , para ibu bapa serta murid-murid sekola-sekolah Christian Brothers di Pulau Pinang, bangunan baru Sekolah Kebangsaan St Xavier yang bertapak di Jalan Sekolah La Salle , siap dibina pada akhir tahun 1990.

12 Disember 1992 , bangunan baru sekolah telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Sulaiman bin Haji Daud , Menteri Pendidikan Malaysia.Dengan terasminya bangunan baru ini maka satu era dan semangat baru wujud di kalangan guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan St Xavier bagi mempertingkatkan lagi mutu pendidikan seperti mana yang menjadi impian ibu bapa dan guru-guru sekolah ini.Wujud bangunan baru ini seumpama “Sebutir Berlian yang Bergemerlapan Cahayanya” yang menjadi idaman setiap orang.